TAWAU: Kampung Ice Box sekali lagi dilanda musibah apabila lebih kurang 60 rumah musnah dijilat api dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam, sekali gus menyebabkan kira-kira 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang
Kebakaran di kampung itu dipercayai berlaku akibat litar pintas di salah sebuah rumah yang mengakibatkannya marak dengan sekelip mata seterusnya merebak ke rumah-rumah lain.
Tinjauan Utusan Borneo di lokasi kejadian mendapati rumah-rumah yang terjejas teruk akibat insiden itu terletak di kawasan pesisir sementara air laut pula berada pada paras cetek.
Bagaimanapun, kerja-kerja mengawal kebakaran dan memadam api tetap dilakukan oleh pihak bomba dengan kerjasama penduduk kampung.
Hujan yang turun membantu memadamkan api secara beransur-ansur.
Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Daerah Julius John Stephen Jr, berkata 20 ang-gota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan tiga unit bantuan sebaik menerima aduan awam pada jam 11.33 pagi.
“Api berjaya dikawal pada jam 12.42 tengah hari dan padam sepenuhnya pada jam 1 petang,” katanya sambil menambah api cepat merebak kerana rumah-rumah di kawasan itu dibina daripada kayu dan kedudukan setiap rumah pula terlalu rapat.
Menurut beliau, tiupan angin yang kuat serta keadaan sempit di lokasi kejadian menyukarkan lagi kerja-kerja memadam dan mengawal kebakaran dilakukan oleh pasukan bomba.
Bagaimanapun, Julius berkata tiada kecederaan ataupun kes kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden yang berlaku buat kali kedua di kampung itu dalam tempoh sebulan pada tahun ini sahaja.
“Buat masa ini, siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian masih dilakukan,” katanya sambil menggesa masyarakat agar lebih berhati-hati dalam melaksanakan rutin harian mereka.
Beliau turut menggesa agar para ibu bapa mencegah anak mereka daripada bermain mercun ataupun bunga api kerana dibimbangi menjadi punca kepada kejadian yang tidak diingini.
Untuk rekod, ini merupakan insiden kali kedua yang melanda kampung terbabit dalam tempoh sebulan selepas kebakaran yang memusnahkan deretan 50 unit perniagaan pada awal Januari lalu.
Friday, February 4, 2011
Festival kebudayaan Tawau 2011.. Part 1 : The Job
Assalamualaikum
Salam muhibbah kepada semua rakyat seantero Malaysia. Dengan penuh rasa syukur tanpa sebarang rasa takbur, aku berasa bangga kerana Tawau bumi tumpah darahku telah berjaya menganjurkan festival kebudayaan pada 14 & 15 Januari baru-baru ini. Satu Festival yang sangat menarik konsepnya, dan sudah pasti bakal menjadi identiti daerah Tawau pada masa hadapan.
Untuk entry kali ini, dan beberapa entry akan datang, aku akan berkongsi pengalaman aku yang turut sama menambah kuantiti hidupan yang membanjiri perkarangan Majlis Perbandaran Tawau pada malam penutupan. Yah.. Satu kekesalan yang masih menghantuiku sehingga hari ini, bila mana aku hanya mampu hadir semasa malam penutupan. Itulah perbezaan hidup bekerja di luar daerah.
Thanks to my fellow TawauBloggers team, merasa juga diri ini menjadi sebahagian dari event. Lawatilah blog mereka untuk cerita yang lebih menarik dan terperinci pasal Festival ini orait!
Aku tiba seawal pukul 6 di bandar Tawau. Jalan raya kesesakan bak merayakan hari kebangsaan. Banyak jalan ditutup namun semua itu tidak menghalang warga Tawau untuk turun memeriahkan. Waktu-waktu beginilah, parking menjadi isu utama. kereta semakin bertambah namun jalan raya tetap sama.
Oh ya. Malam tersebut aku menggunakan kamera kawan. Dan dengan itu banyaklah kuantiti gambar yang tidak sempurna akibat ketidakmahiran aku. Apapun, pass media yang kami perolehi dimanfaatkan sepenuhnya. Rasa best pulak bebas merayau sana sini tanpa dimarahi pegawai keselamatan yang bertugas.
Namun kecekapan pihak penganjur mengawal keadaan sememangnya wajar diberikan pujian. Walaupun ini penganjuran kali pertama, kualiti penganjuran adalah memuaskan. MPT totally rocks man!
Dari segi promosi event ini, memang sampai di hati golongan sasaran. Aku yang bekerja di Lahad Datu pun mampu mendengar cerita-cerita pasal festival ini. Di kampung pula, makcik-makcik yang tidak pernah mengambil tahu hal sosioekonomi negara pun tahu pasal benda ni. Nampaknya semua memainkan peranan. Termasuk TawauBloggers ya. hehe.
Jadi tidak hairanlah, ramai yang membawa satu batalion keluarganya datang pada malam tersebut. Nasib saja Festival kebudayaan ini kemuncaknya di malam hari, kalau tidak mungkin ada yang berpiknik di tepi jalan.
Semasa festival pula, pihak media turut berperanan. Photographer, Reporter, Harry Potter, semua ada. Merekalah yang akan memainkan peranan dalam mempromosikan kemeriahan festival ini. Bukan saja di mata masyarakat Malaysia, tetapi juga di mata dunia termasuk matahari kalau sampai. haha.
Kepelbagaian etnik dan budaya yang terdapat di Tawau terbongkar pada malam tersebut. Pendedahan eksklusif oleh MPT kepada seluruh dunia. Pemimpin Sabah termasuk Ketua Menteri pun turun. Petani, lawyer, buruh, majistret, pelajar, pemitik, guru yang belum gaji, semua turut sama menghavockan keadaan!
Setakat itu sahaja untuk hari ini. Esok atau lusa aku akan update lagi untuk part seterusnya. Masih banyak gambar untuk ditatapi bersama.

Festival Kebudayaan Tawau..Part 2: The Costumes
Assalamualaikum
Warga siber yang budiman, bertemu kita lagi pada hari yang agak mendung ini. Kain tidak kering, Underwear masih lembap.. Ini sememangnya mencacatkan kesempurnaan hari.. Tapi tidak mengapa, masih banyak benda yang boleh disyukuri.
On with the topic, kali ni aku mahu berkongsi lagi kehangatan Festival Kebudayaan Tawau 2011 yang berlangsung pada 14-15 Januari anjuran Majlis Perbandaran Tawau. Satu festival yang berjaya pada hemat aku. Sudah heboh ke serata dunia dengan bantuan alam siber dimana dunia wujud tanpa sempadan. Tidak perlu passport ataupun pas lintas untuk ke negara lain.
Malam itu aku bersama-sama rakan TawauBloggers (Maya, Lisa, Agus, Don dan Jeannie) berada live di tempat kejadian. Turut bersamaku beberapa rakan kamceng sejak zaman sekolah. Turut bersamaku juga beberapa ahli keluarga. Turut bersama juga…. ehm senang cerita hampir kesemua warga Tawau turun memeriahkan ok!
Kalau sudah namanya festival kebudayaan, sudah pasti kita akan lihat budaya. Pakaian dan kostum juga merupakan sebahagian budaya. Jujur aku katakan, terdapat beberapa pakaian etnik yang baru ku lihat pada malam tersebut. Itulah akibat jika dari kecil hanya terdedah dengan fesyen grunge, punk, hip hop. Kalau beruntung jadi baik pun, pakai baju Raihan seminggu sekali. Pakaian tradisi sendiri haram tak kenal.
See? aku tidak kenal ini pakaian etnik mana. Kamu tahu tak? Ingin aku bertanya kepada si gadis ini tapi senyumannya buat aku tersipu malu (useh!).
Festival Kebudayaan Tawau 2011 menyaksikan lebih 20 etnik mengambil bahagian. Untuk orang sepertiku menghafal setiap nama pakaian mereka memanglah mustahil. That’s why I like camera. They told stories for me. And they do it better without words.
Proud to be a Bugisian. Walaupun baju tradisi kami dipanggil baju Bodo, tapi anak bugis ramai yang pandai-pandai belaka. Haha. Yang awek kat atas ni pakai sudah evolve sikit designnya. Kalau yang biasa mamaku pakai waktu muda-muda dulu lagi ganas. 50% transparent dan menyerlahkan semua isi perut bumi. Tapi sekarang ok dah.
Pakaian biasanya didominasi oleh kaum hawa. Tapi perlu diingat, jika lelaki sudah pandai bergaya, wanita boleh saja tergugat. Hehe. Segak bergaya. Yang kiri tu ialah hulubalang Melaka yang kerja part time jadi konco Hang Tuah manakala yang kanan merupakan orang kanan Paduka Mat Salleh (Aku main-main saja…)
Ini pula etnik Toraja dengan pakaian tradisi mereka. Kaum ini berasal dari Sulawesi Indonesia. Sama juga la ceritanya macam Bugis. Mereka tinggal di area bukit dan pergunungan di Sulawesi. Tetapi di Tawau, mereka tinggal di Taman Sri Indah (jangan ko marah mond..)
Satu-satunya etnik yang diwakili dua pasukan. Butun wakatobi dan Butun Bau-Bau. Kepada rakan di semenanjung Malaysia, pasti ramai yang tidak pernah mendengar pasal kaum ini. Haaa.. ni cek nak habaq ni.. Aku ada kawan berbangsa Butun yan tinggal di Semenanjung sekarang. Mahir berbahasa semenanjung sudah.
Festival Kebudayaan Tawau 2011 ini juga dimeriahkan dengan penyerertaan etnik Cocos. Berasal Dari kepulauan Cocos (dekat Australia sana) dan banyak menetap di kawasan Balung. Pakaian etnik mereka memang best. Begitu juga dengan budaya dan adat mereka. Aku pernah menghadiri majlis perkahwinan etnik Cocos. Best. Cewek Cocos pun chanteq-chanteq juga tau. best.
Ini pula kontinjen dari negara serumpun kita, Indonesia. KALTIM di atas tu bermaksud Kalimantan Timur orait. Lebih spesifik lagi, mereka dari Pulau Nunukan. Tempat makcik aku. Best disana. Transit jika hendak ke Indonesia. Persembahan mereka malam tu, fuh 5 bintang saya kasi. Terbaek dari ladang seberang!
Who said Iban only lives in Sarawak? Tawau Sabah also have maaa… Menghangatkan lagi Festival Kebudayaan Tawau 2011, Etnik Iban tampil dengan pakaian tradisi mereka yang sangat indah dan disukai oleh aku. Kamu pun mesti suka.

Festival kebudayaan Tawau 2011..Part 3 : The Ethnics
Assalamualaikum
Ok mari teruskan lagi dengan event Festival Kebudayaan Tawau 2011 yang berlangsung di MPT. For those who live outside of Malaysia, or didn’t speak Malay, this BIMP-EAGA Cultural Festival 2011 will be the new identity of Tawau since the event will be held annually. So if you miss this this year, there will be another for you.
Walahh~~ Etnik Suluk, etnik Tidung, & not forgetting the Penan Ethnics. Ini Bapak Budi, ini Mamak Budi, ini Kakak Budi…
Seperti kaum Iban, Murut juga ada terdapat di Tawau, Sabah. Dan bersempena Festival Kebudayaan Tawau pada tahun ini, mereka tampil dengan tarian tradisi mereka. Tu.. Yang pakai buluh tu. Aku pun tak tahu tu tarian apa.
Baba & Nyonya. Ni pakaian tradisi mereka. Sama dengan pelakon opera. Dan sesungguhnya aku sangat takut apabila orang berdandan sebegini. Seram. Tapi kita kena juga hormat adat resam orang lain. That is the ultimate aim of this festival. For us to know and respect other cultures.
Aku sudah hidup cukup lama dalam masyarakat berbilang etnik sebegini. Cukup lama tidak bermakna aku tua sangat ok. By the way, sepanjang penglibatan aku dalam arena hidup di bumi Allah ni, kaum yang paling rajin bekerja dan amanah, ialah kaum Timor. As you witness above. Tapi kat atas ni kaum wanita dan kanak-kanak mereka. Sang Arjuna akan aku post gambarnya kemudian ok!
Uncle yang memegang Nikon itu memakai sepersalinan pakaian etnik Suluk. Yang ditengah, seperti yang anda dapat baca, ialah kaum Bulungan. Dan yang di sebelah kanan, tidak lain tidak bukan, tuan kita. cukup bulan akan ada kelibatnya memberi salam sekiranya anda ada mengambil barang dengan mereka.
That’s all for now. As usual I’ve got jobs to do. Later on I’ll post some more pics from this BIMP-EAGA Cultural Festival 2011. Stay tune, tune me in, and don’t salah tune. Chaw.. Assalamualaikum.

Festival Kebudayaan Tawau 2011.. Part 4 : The Dance
Assalamualaikum Pemirsa..
Sebagai seorang guru yang sampai kini belum menerima gaji, hidup aku terpaksa dicatu. Minum air kosong, makan yang ala kadar, dan berbelanja saving tahap naga. Hatta hendak beli selipar Jepun pun aku berfikir 5 kali dan bertangguh. Di situlah kita akan mula melihat betapa keluarga dan insan terdekat begitu menyayangi kita. Tiap minggu my parent akan bagi duit. Syukur. si Cewek pula sanggup bagi pinjam aku broadbandnya. sudah 3 minggu aku meminjamnya. God bless them.
Seperti mereka, aku juga mahu God bless Tawau. Biarlah Tawau bumi peladang dan bumi tempat lahir ramai insan macho ini juga menjadi maju dan berkembang seperti bandar-bandar lain di benua Asia. Atas dasar itu, aku secara jujur dan rendah diri merasakan Festival Kebudayaan Tawau ini merupakan platform terbaik untuk memastikan daerah ini turut dikenali seperti bandar-bandar lain.
Hari ini aku berkongsi pula sedikit gambar tarian etnik-etnik yang mengambil bahagian. Sebagai blogger dan photographer tegar, suasana sebegini sememangnya adalah makan malam bagiku. Anyway, a thousand thanks to TawauBloggers for having me onboard.
Ini merupakan tarian pembukaan pada malam tersebut. Dipersembahkan oleh penari (mestilah kan..) Apa yang dapat aku perhatikan tarian ini menggabungkan beberapa pakaian etnik seperti Bugis, Dusun, Melayu, dan sebagainya.
Pada malam tersebut, pihak penganjur iaitu Majlis Perbandaran Tawau (MPT) telah menyediakan 4 skrin besar untuk tatapan pengunjung yang hadir. Bagi VIP pula (termasuk aku, haha) Kami dapat melihat tarian itu berlaku di hadapan kami. Sangat menarik.
Yang kat atas ni ialah suku kaum Tidung. Tarian tradisi mereka ialah tarian Bedewa. Aku google saja. Tak tahu la kalau yang mereka persembahkan di atas ini bukan tarian Bedewa.
Tarian Singa. Siapa yang tidak kenal. Semasa kecil aku sungguh takut melihat tarian ini. Seram muka singa ni kan? Namun lama kelamaan aku menyedari keindahan sebenar dan simbolik tarian ini. Memang best! Ketukan alat muzik tarian singa kaum cina ini juga sungguh menaikkan semangat aku. Terasa diri macam Wong Fei Hung pun ada.
Itu dia! Kurt Cobain versi Penan!
Satu Sumpitan yang tepat ke kepala boleh membawa padah~~
Kaum Penan. Juga terdapat di Tawau Sabah. Memeriahkan Malam Festival ini dengan tarian tradisional masyarakat mereka. Seperti biasa aku terhibur. Dan lebih terhibur sekiranya gambar yang aku ambil itu tidak blur dan underexposed.
Kaum Lundayeh merupakan antara kaum asli ataupun original di Sabah ni. Seperti kaum-kaum lain, mereka juga kaya dengan tradisi tersendiri seperti pakaian dan tarian mereka. Pada malam itu mereka bermain seruling. Memukau dan meluluhkan jiwa. Ya aku bercakap kencang lagi. Hakikatnya baru malam tersebut aku mengetahui kewujudan etnik Lundayeh. See? Kalau tiada Festival Kebudayaan Tawau ni, sampai bila pun aku tak kenal tahu.
Ya aku tahu mereka lawa. Mereka lemah gemalai, pandai menari, dan melemahkan jiwa sang Arjuna yang melihat. Kontinjen jemputan khas pada malam tersebut, nun dari Brunei sana. Mempersembahkan kebudayaan mereka yang sangat rancak dan memukau penonton yang hadir.
Semporna mari~~~ Lihat bot, ingat Semporna. Ingat Semporna, ingat Sipadan Mabul. Terima kasih kepada kaum Bajau yang turut sama mengimarahkan suasana dengan aksi yang begitu gempak sekali. Siap ada Jack Sparrow tu kat depan.
Kaum Toraja. Nama kaum ini berasal dari bahasa Bugis, to riaja, yang berarti "orang yang berdiam di negeri atas". Mungkin sebab mereka tinggal di kawasan pergunungan barangkali. Dan mungkin sebab itu juga penari itu menari di atas gendang. Interesting.
And here comes the Butun ethnics. Bangsa Butun Indonesia tidak begitu ramai di Sabah dan mereka boleh dilihat hidup bersama dengan bangsa Bugis kerana beragama Islam seperti bangsa Bugis. Namun begitu, bangsa Butun ini sebenarnya mempunyai bahasa dan adat yang berbeza dengan bangsa Bugis Indonesia. Ini kerana kampung halaman mereka di Indonesia bukanlah di Sulawesi Selatan tapi di Sulawesi Tenggara iaitu di sekitar Kota Kendari dan juga di Pulau Buton.
Ni pula tarian Daling-daling… Lemah gemalai disukai ramai. Yeah!
Jalan terus terus terus teruuuuuuuuuuuuuuuusss…. Bangsa Timur bukan berasal dari dari Sulawesi selatan tetapi dari kepulauan Timor termasuklah negara Timor Leste yang hampir dengan Pulau Sulawesi. Umumnya mereka seperti bangsa Turaja juga beragama Kristian. Di Tawau, mereka dikenali sebagai bangsa yang rajin dan kuat bekerja. Secara fizikalnya, mereka dapat dibezakan dengan fizikal yang tegap, berambut kerinting dan berkulit gelap.
The final act. Tarian penutup yang sangat gempak dan berwarna warni mengalahkan kaler aiskrim paddle pop.
Klik untuk besarkan..Dialog adalah merapu semata-mata~~
No matter who we are, what costumes we wear, which dance we perform, we now live in the same country called Malaysia. Live in harmony, peace, and respect. Semoga Festival Kebudayaan Tawau ini akan diteruskan lagi di masa hadapan. Jangan biarkan generasi akan datang terlupa asal usul mereka. Sekian

Festival Kebudayaan Tawau 2011.. Final Part: The Artist
Assalamualaikum
Kebaikan merentasi kaum. Merentasi zaman. Merentasi apa sahaja. Why do people look more on ‘the bad’ in people rather than ‘the good’? Aku juga bergelar ‘people’. Means aku juga sama. People are perfectly non-perfect. Dari serendah-rendah insan, hinggalah setinggi-tingginya seorang raja. Semua tidak sempurna.
So what is the point in hating others? buat apa nak benci pemimpin, bos, jiran, orang bawahan, hanya kerana mereka ada yang slek dimata kita? Yang paling tidak bole blah, bila kita benci orang yang nyata lagi bagus dari kita. Mahu benci pemimpin dan orang yang suka pemimpin, sedangkan dirinya juga mengharapkan gaji, bonus, dan subsidi dari kerajaan. Itu satu contoh.
Criticizing is far different than spreading hate. Banyak juga orang yang bagus dalam memberi teguran dan komen. Berhikmah, rasional, and non-emosional. Ada rakan aku yang begitu. Tapi ada juga yang lebih kepada kutukan tidak sedar diri. Nilailah diri kita disitu. If you’re that good, then why are you still here? why aren’t you the President of America? Hm.. aku pun selalu itu macam. isk..
Mukadimah saja. Mari teruskan. Suda 2 minggu festival kebudayaan Tawau melabuhkan tirai. Stage pun sudah tiada rasanya. Namun aku masih mahu post gambar walaupun pada kadar yang sangat lewat. Sudah tentunya akibat kesibukan dunia.
For the last part, I’ll focus on the artist. Yang perform pada malam tersebot ialah Heliza, Stacy, Vokalis Deb-Gab-C yang aku nda kenal namanya, Alex raja lawak, etc. Namun aku akan lebih berasa gembira jika Abu Bakar Ellah bersama si Om (Mat Congo) turut sama memeriahkan malam.
Ni la Vokalis Deb-Gab-C tersebot. Popular dengan lagu Cinta Sakti, Merah, Marilah Maria, dan Maria Mahtijo (pembaca berita radio tu. hahaha).
Namamu merah
Bagai lang merah
Membara kurasa di jiwa
Festival Kebudayaan ini adalah untuk semua. Semua boleh datang. Tidak kira usia, kadar kehenseman, bilangan jerawat, semua boleh datang. Namun satu yang wajar kita perhatikan. Bila sudah melibatkan aktiviti bersesak-sesak sebegini, si gadis, si makcik, dan si kanak-kanak janganlah take part. Kasihan kamu sesak nafas dalam crowd.
Terutama kepada si gadis. Jangan la sibuk juga terkinja-kinja disana. Untung bujang-bujang yang berhimpit bersama kamu. Siapa yang rugi? Bakal suami kamu pastinya. Percayalah, tempat kamu bukan disitu.
Pengacara pada malam tersebut, Alex Raja Lawak dan kawan si Alex Raja Lawak. (aku lupa namanya)
Ini Heliza. Heliza Helmi. Heliza ini artis. Heliza dulu sekolah di Tawau. Heliza pandai menyanyi. Heliza nyanyi sedap. ---kira berapa perkataan Heliza aku taip. Hehe.
Si artis bermata besar ni pun perform pada malam tersebut. Tapi sebesar-besar matanya, aku rasa besar lagi mata bujangan dan pakcik-pakcik yang menonton beliau. Aku tidak ya. Nda berani. Marah gelfren aku nanti
Tarian kebudayaan Masyarakat Bajau/suluk juga ada diselitkan semasa konsert ni. Nama pun festival kebudayaan ye tak?
Berapakah penyanyi afro yang anda kenal? Giring Nidji? mendiang David Arumugam? Nah ini si Ebi. Sabahan made artist.
Sorry bro.. I forgot your name. BTW your voice is very nice…
“Walau kehadiranmu…hanyalah sementara…” Wah ni la penyanyi lagu tu rupanya… baru aku tau. Sedap tu lagu. She is Nadia Ali. Artist made in Tawau. Maybe too sexy kot.
Dan akhir sekali, yang ditunggu dan ditagih bagaikan pil exSTACY, ialah Stacy. Popular dengan lagu ‘kenapa bah’. kat Kelantan lagu ni bertajuk “Gapo Boh”. Juga lagu Aku Stacy dan Pakai BUang. Excited hadirin yang hadir termasuk pasukan keselamatan yang berkawal. Stacy bah tu.
Festival Kebudayaan Tawau 2011 menyaksikan keligatan si Stacy ni beraksi. Suara pun lantang. Aku rasa kalau dia ni jadi cikgu, masalah ponteng dalam kalangan pelajar boleh diatasi. Pelajar suka tengok kalau cikgunya molek dipandang dan pandai menyanyi. Hehehe.
Mungkin boleh kata aku yang paling excited pada malam tersebut. Ye lah, paling depan. Yang aku gambar semua lubang hidung artis.
Apapun juga, semoga Festival Kebudayaan ini sentiada ada pada masa hadapan, dan harapan kita agar penambahbaikan akan dilaksanakan bagi mewujudkan penganjuran yang lebih baik. Aku juga perlu penambahbaikan. Yakni datang dengan kamera yang lagi power pada tahun hadapan. Azam beb..azam.. Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)